Nuffnang Ads

Thursday 21 February 2013

PENYAKIT OCD(OBSESSIVE COMPULSIVE DISORDER)

Penerangan tentang OCD
OCD ialah ketidakcelaruan perasaan yang memerangkap fikiran dan perangai pesakit dalam kitaran yang tidak berakhir. Senang kata, mereka suka melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang kerana merasakan apa yang dilakukan sebelum ini tidak sempurna atau lengkap. Jika tidak dilakukan secara berulang, mereka akan berasa resah , tertekan dan cemas.
Kitaran OCD(melakukan kerja secara berulang-ulang) ini boleh mengambil masa selama berjam dan hal ini mengganggu aktiviti harian penghidap OCD.Penghidap OCD sebenarnya sedar akan obsesi dan pengulangan yang mereka lakukan namun mereka tidak mampu untuk memberhentikannya.
 Simptom-simptom
Symptom OCD ialah seseorang itu obses dengan perkara-perkara berikut
  1. Takut kekotoran atau pencemaran oleh kuman
  2. Takut menyebabkan kecederaan atau mudarat kepada orang lain
  3. Takut membuat kesilapan
  4. Takut dimalukan atau bertindak seperti tidak diterima oleh masyarakat
  5. Takut memikirkan syaitan teramat resah memikirkan perbuatan jahat yang pernah dilakukan
  6. Terlalu mementingkan susunan, simetri, ketepatan dan kesempurnaan
  7. Perasaan was-was dan curiga yang kuat terhapat orang lain atau sesuatu perkara dan memerlukan jaminan yang mantap untuk percaya
 Pengulangan yang akan dilakukan penghidap OCD:
  1.      Mandi, membasuh tangan, dan bersiram berulang-ulang
  2. Menolak untuk berjabat  tangan, memegang tombol pintu, pemegang eskelator dan punat lif 
  3. Pengulangan memeriksa perkara seperti kunci , dapur gas dan paip air.
  4.  Suka mengira di dalam hati atau secara kuat  semasa melakukan tugas rutin seperti ketika menaiki tangga.
  5. Menyusun barangan dalam susunan tertentu secara tetap
  6. Makan mengikut turutanFikiran terperangkap dengan imej, kata-kata dan sesuatu pendapat sehingga mengganggu tidur
  7. Mengulangi perkataan, frasa atau doa tertentu
  8. Mesti melakukan tugasan secara berulang dalam bilangan tertentu
  9. Mengumpul barangan yang tiada nilai.
Penyebab OCD
Walaupun penyebab tepat OCD tidak difahami sepenuhnya, namun kajian menunjukkan kombinasi factor biologi dan persekitaran terlibat.· 
  •         Factor biologi
Otak mengandungi neuron yang mesti berhubung supaya badan boleh berfungsi dengan baik. Neuron berhubung melalui signal elektrik. Bahan kimia tertentu dinamai neurotransmitter menolong menggerakkan mesej elektrikal dari satu neuron ke satu neuron. Kajian menunjukkan kaitan antara kekurangan pengeluaran neurotransmitter jenis serotonin dengan perkembagan OCD. Ada juga bukti mengatakan ketidakseimbangan serotonin boleh diwariskan oleh ibu bapa kepada anak mereka. Ini bermakna, perkembangan OCD boleh diwarisi.
           Tambahan pula, ada bahagian-bahagian otak yang mendapat kesan akibat ketidakseimbangan serotonin yang boleh mengakibatkan OCD. Ini menjejaskan laluan dalaman otak yang melibatkan proses penilaian dan perancangan, dan juaga kawasan otak yang menapis mesej elektrikal yang melibatkan pergerakan badan. 
        Kajian juga menunjukkan kaitan antara jangkitan bacteria Streptococcus dengan OCD. Jangkitan ini jika berlaku tetapi tidak dirawat boleh mengkibatkan perkembangan OCD dan lain-lain masalah terhadap kanak-kanak atau individu.
  • Faktor persekitaran.
         Sebahagian faktor persekitaran boleh menjadikan OCD lebih teruk.
  1. Penderaan  
  2. Perubahan situasi hidupo  
  3. Kehilangan orang tersayango  
  4. Masalah di sekolah atau tempat kerja
  5. Kerisauan dalam perhubungan
  Kekerapan OCD
Ketidakcelaruan ini mula-mula dapat dilihat semasa zaman kanak-kanak, remaja dan awal dewasa. Ia berlaku kepada lelaki dan perempuan dan boleh menjangkiti individu tidak kira bangsa atau latar belakang sosioekonomi. 
Bagaimana OCD boleh didiagnos?
Tiada ujian makmal untuk mendiagnos OCD. Doctor mengenalpasti keadaan penghidap melalui simptom-simptom yang dialami termasuk berapa banyak masa individu tersebut melakukan rutin OCDnya.
Rawatan OCD
Penyakit OCD tidak boleh hilang dengan sendiri, oleh itu penting untuk mendapatkan rawatan awal. Paling efektif dan berkesan ialah gabungan ubat-ubatan dan terapi perangai kognitif.ECT dilakukan jika terapi perangai kognitif dan terapi ubatan tidak berkesan.
  • terapi perangai kognitif
Matlamat utama terapi ini adalah untuk mengajar indivudu OCD berhadapan dengan rasa takut dan mengurangkan keresahan tanpa melakukan ritual OCD. Ini juga untuk mengatasi fikiran pesakit yang suka memperbesar-besarkan sesuatu perkara.
  • Terapi ubat-ubatan
  • Antidepressant, seperti ‘serotonin reuptake inhibitor’(SSRI) jenis Paxil, Prozac, dan Zoloft boleh menolong merawat OCD. Ubatan lain – antidepressant tricyclic seperti Anafranil boleh diguna. Dalam beberapa kes OCD ada yang tidak memberi respond terhadap terapi di atas.
  • Terapi elektrokonsulsif (ECT) atau pembedahan psyko(psychosurgery) boleh digunakan untuk merawat. Semasa ECT dijalankan elektrod-elektrod akan dilekatkan ke kepala pesakit dan siri kejutan elektrik dihantar ke otak untuk menyebabkan tindakbalas sawan. Sawan menyebabkan pelepasan neurotransmitter di dalam otak.
  • Dalam kebanyakan kes, OCD boleh dirawat menggunkan terapi ubatan, perangai kognitif, atau kedua-duanya.  Dengan meneruskan rawatan, kebanyakan pesakit boleh mencapai kesembuhan jangka panjang daripada simptom-simptom OCD dan kembali ke keadaan normal atau hampir normal.

     Pencegahan OCD

    OCD tidak boleh dicegah namun dignosan awal boleh membantu mengurangkan masa individu menderita akibat keadaan OCD.

    23 comments:

    1. saya ada penyakit ni..:(

      ReplyDelete
    2. Salam,,..boleh saya tahu di manakah tempat untuk mendapatkan rawatan penyakit ini...?? Saya dh lama menderita akibat penyakit ini...saya memerlukan bantuan sgt2 sesiapa yang mengetahui tentang perubatan penyakit ini...tolong bgtahu saya,,..tq

      ReplyDelete
      Replies
      1. penyakit ocd sama dengan penyakit was was

        ini bisikan syaitan agar kita sentiasa berasa was was
        dan kerap melakukan sesuatu itu bnyk kali
        sehingga membuang masa tenaga

        islam sudah lama da alternatif nya..
        1-dengar bacaan ruqyah
        2- minta pertolongan Allah. .Allah yg boleh mnyembuhkn penykit ini
        3-bjumpa ustaz untk rawatan
        insyaallah..adik sya pn pnh kene」dia suka berwuduk
        berulang ulang kali.Alhamdullilah」dia sudah
        sembuh sepenuhnya:)

        Delete
    3. Assalamualaikum, untuk ikhtiar perawatan boleh cuba disini jika berminat:

      http://husnuzzonloa.blogspot.com/p/rawatan-ocd.html

      ReplyDelete
    4. Pernah kena tapi dah makin pulih dah.

      ReplyDelete
      Replies
      1. di mana anda mendapatkan rawatan. anak saya sekarang sedang menderita penyakit ini. mohon diberikan nama dan alamat tempat anda mendapatkan rawatan. jutaan terima kasih atas kerjasama

        Delete
    5. sila emailkan tempat anda mendapatkan rawatan
      jutaan terima kasih di atas kerjasama anda. semuga Allah akan membalas budi baik anda
      alamat email saya cmjusma05@gmail.com

      ReplyDelete
    6. saya terkena penyakit ni tak tahu mcm mna nak lawan dh :(

      ReplyDelete
    7. Share yg ni ya:


      Assalamualaikum, PENGUMUMAN :
      Sebuah Seminar Khas
      "Rawati Kehidupan" Untuk Penderita OCD, Anxiety Disorder/ Depression/ IVT akan diadakan pada :

      Ahad , 24 Jan 2016
      Jam 10 pg hingga 5.30 ptg
      Tempat : Ibu Pejabat JKK Kg. Melayu, Batu 16
      48000 Rawang, Selangor (Berhadapan Masjid Jamek Al-Ehsaniah)

      Yuran : RM50
      (bayar waktu pendaftaran)
      Pendaftaran bermula jam 9 pagi

      Speaker : HusnuzzonLoa Consultancy
      Penampilan Khas (Inshaa Allah) : VirginRose VR - Penulis Anxiety and I
      (Turut dijemput, bergantung kpd kelapangan beliau)

      Makan tengahari, sarapan dan tea break disediakan.
      Nota-nota penting juga disertakan.

      Peserta diminta membawa alat tulis dan buku nota.

      Seminar ini mendedahkan cara ikhtiar merawat penyakit dan kehidupan dgn menggunakan Hukum Daya Tarikan (Islamic Law of Attraction) , EFT dan The Power Of NOW.

      EFT atau Emotional freedom technique, lanjutan dari LOA, adalah adaptasi dari akupunture cina, tetapi tdk mnggunakan jarum, hanya ketukan jari pada titik point meridian pada kepala, tangan dan badan.
      Sebagai ikhtiar membebaskan emosi2 negatif yg telah lama terperangkap dalam saraf dan 'subconscious mind'

      Semua perkongsian ilmu dalam sessi rundingcara/ personal coaching yg admin lakukan selama ini akan dibawa ke seminar ini.

      Jangan lepaskan peluang ini. Tempat terhad. Yang berminat sila SMS Nama dan No IC ke:
      019-2154850

      ReplyDelete
    8. Saya ada simptom2 yg dinyatakan..seperti ambil wuduk berulang kali.malah dlm solat juga kdg2 saya was was... saya juga seorg yg perfectionist dlm kerja... saya nk semua benda mengikut apa yg telah dtetapkan smpaikan 1 no atau huruf xboleh tinggal....

      ReplyDelete
    9. Saya ada simptom2 yg dinyatakan..seperti ambil wuduk berulang kali.malah dlm solat juga kdg2 saya was was... saya juga seorg yg perfectionist dlm kerja... saya nk semua benda mengikut apa yg telah dtetapkan smpaikan 1 no atau huruf xboleh tinggal....

      ReplyDelete
    10. Ada tak berlakunya kemalangan disebabkan ocd? Maksud saya, seseorang penghidap penyakit ocd terlanggar someone sehingga mati dan dia rasa tak tenang selagi dia tak mengulangi perkara tersebut.

      ReplyDelete
    11. saya ada penyakit ocd dah 2 tahun saya menderita tolong balas.

      ReplyDelete
    12. Sy ade simton dinyatakan tp x semua.. penyakit was2 pernah kena tp sy lawan.. hilang sendiri.. satu yg masih ade lg ialah terlalu obsess dgn susunan dan simetri.. penat bila terpaksa susun barang berulang kali bila org lain x seperti itu...

      ReplyDelete
    13. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete
    14. assalamualaikum Encik/Puan , semua simptom n perlakuan tu ada pada saya, saya cuba treat diri sendiri tpi hasil dia makin teruk. Bila saya x lakukan saya akan rasa stress. Contoh sya suka check kenderaan berulang kali utk pastikan pintu n tingkap ditutup tapi saya ditegah oleh seseorang .So sya behenti utk lakukan sedemikian. Selepas dua hari sya dapati kereta saya masuk air hujan n air bertakung penuh dlm kereta . Saya menyesal tak check berulang kali. Sekarang saya yg tertekan.....

      ReplyDelete
    15. Saya ada penyakit ocd ni bercuci,bersiram air satu badan kerana takut ada kotoran melekat di badan sehinggakan menyentuh anak2 saya pun tidak lagi.. apa saja benda Yg Sya tersentu saya mesti masuk bilik mandi dan terus bersiram satu badan lagi berjam jam lamanya... sekarang ni muncul satu penyakit lagi iaitu buasir pembengkakan di bibir dubur di sebapkan penyakit ocd selepas sya membuang air besar saya mesti membasuh gosok berulang ulang hinggakan mendapat penyakit buasir lagi.. skrg buasir saya tahap 4 sudah.. tolong bantu saya ����������

      ReplyDelete
    16. Assalamualaikum , nama sy shafiey 26 asal tganu ,dk jb ,saya seorang ada penyankit ocd ,rase was2 ,bile kluar rumah makan msa yg lama sbb nk check air dah ttup ke blum ,elektrik dah ttup ke blum ,lpas tu bile kluar rumah , msti nk masuk balik nk kene check brulang kali ,tapi lagi stu pnyakit sy ,trlalu pembesih ,stiap kali kluar rumah ,nk msuk rmah msti nk kene cuci kaki dlu pakai sabun ,stiap kali kluar rumah ,sy balik msti kene mandi n tukar baju baru ,n lantai nk kene mok stiap kali kluar rumah , rumah nk kne bau wangi2 xboleh brbau bsuk, rumah bersepah xpe jnji bersih, n yang xboleh tahan handphone ,klu blik rumah msti nk kene cuci ,n lap2 dgn tisu yg basah ,dlu sy dduk sorg2 xde rse stress sgat ,bile dah kwin ni selalu brgaduh dgn wife pasal pembersih sgat ,hidup sy jdi stress sgat,dekat mana ye sy boleh berubat penyakit sy ni ,ataupon boleh whatsapp sy,sy nak cari kwan yg perangai mcm saya ,boleh lah buat group dekat wasap ,ni no sy 0177970428

      ReplyDelete
      Replies
      1. Penyakit kita sama mcm Sya mula2 dulu.. sekarang dah makin teruk 😭😭😭
        KLu ada group whatsapp tolong masukkan Whatsapp Sya 0145562500

        Delete
    17. saya ada ocd. saya jumpa psikiatris. membantu

      ReplyDelete
    18. Sy mgalminya sejak umur 15 tahun hgga skg dh masuk 27 thn

      ReplyDelete
    19. Sya pun mengalami ocd skg nie..baru merancang nak jumpa pakar psikiatri...ocd sya nie bukan pasal kebersihan...ocd sya nie takut melukakan/mencederakan orang lain...dah dekat tiga bulan sya menderita...hanya TUHAN sja yg tahu betapa peritnya bila kena penyakit nie...setiap hari struggle nak lawan pemikiran/perlakuan negatif.....

      ReplyDelete